BOLA SEPAK
Kelayakan Euro 2024: Wales tetap intai kelayakan merit
Rob Page menegaskan Wales masih berpeluang layak secara automatik ke Euro 2024 musim panas akan datang di sebalik tersungkur buat kali kedua berturut-turut di peringkat kumpulan.
Wales rebah di tangan Turki 0-2 dalam pertembungan di Samsun untuk mengulangi episod buruk di Armenia minggu lalu yang menyaksikan lawan di ranking ke-97 dunia itu mencetak kemenangan 4-2 di Cardiff.
Setelah lapan perlawanan, Wales ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Turki, dan dua mata di belakang Armenia yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.
Pasukan pilihan di peringkat Kumpulan D, Croatia, yang bermain kurang dua perlawanan menyamai kedudukan Wales.
Wales hampir pasti dijamin tempat play-off menerusi ranking Liga Negara-Negara UEFA (UNL) tetapi Page menegaskan Wales mampu secara automatik.
“Sama sekali (saya percaya itu),” katanya yang hanya mencatat satu kemenangan dalam 12 perlawanan sejak Wales layak ke Piala Dunia lalu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Untuk menjayakannya kami perlu melakukannya dalam kedua-dua babak dengan baik baik.
“Kem pusat kali ini mengecewakan tetapi terdapat banyak pengajaran yang boleh dikutip daripadanya.
“Kami akan menanganinya.
"Kami turun dalam setiap perlawanan untuk menang.
"Ini bermakna adalah sangat penting kami mencapai kemenangan di tempat sendiri dan meraih seberapa banyak mata dari situ.”