Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Euro 2024: Phil Foden selesai buang apendiks

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

foden.jpg
Tonggak Manchester City, Phil Foden, selamat menjalani pembedahan membuang apendiksnya.

England mengesahkan berita itu malam tadi untuk mendedahkan mengenai punca Foden terpaksa diketepikan daripada kelayakan Euro 2024 menentang Ukraine.

City kemudiannya mengumumkan bahawa Foden pasti akan terlepas pertembungan penting Liga Perdana Inggeris dengan Liverpool, Sabtu ini. 

Foden yang masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan England ke atas Itali, Jumaat lalu, hanya bertahan 12 minit sebelum mengadu mengalami keradangan. 

 

Tiada masa yang tepat untuk menjelaskan kepulangan pemain berusia 22 tahun itu walaupun panduan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) mengesyorkan sekurang-kurangnya tempoh pemulihan selama dua minggu.

Foden telah menyumbangkan 13 gol dan menghasilkan lima bantuan gol dalam 36 penampilan musim ini.

Advertisement

Must Watch Video