Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Euro 2024: Perancis kekalkan rekod sempurna dengan kemenangan ke atas Gibraltar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbappe.jpg
Olivier Giroud dan Kylian Mbappe menjaringkan gol untuk Perancis dalam kemenangan 3-0 mereka ke atas Gibraltar dalam kelayakan Euro 2024 awal pagi tadi.

Giroud menjaringkan gol selepas hanya tiga minit perlawanan dimulakan namun sepakan penalti daripada Mbappe sebelum tamat separuh masa adalah satu-satunya peluang finalis Piala Dunia itu yang disempurnakan sebelum gol sendiri lewat daripada Aymen Mouelhi ketika Perancis mengekalkan rekod 100 peratus mereka dalam Kumpulan B.

Dalam Kumpulan C, Ukraine bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Macedonia Utara 3-2 dan meraih kemenangan pertama mereka.
 

Enis Bardhi meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi sepakan penalti dan Elif Elmas menggandakan kelebihan sebelum tamat separuh masa pertama. 

Namun Illya Zabarnyi dan Yukhym Konoplya menjaringkan gol dalam tempoh lima untuk mengikat kedudukan dan Visar Musliu kemudiannya dilayangkan kad kuning kedua sebelum Viktor Tsygankov menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83.
 

Advertisement

Must Watch Video