BOLA SEPAK
Kelayakan Euro 2024: Luis Enrique tidak cekap guna khidmat saya -- Iago Aspas
Luis Enrique tidak mempunyai 'pelan B' di sebalik penyingkiran awal Sepanyol dalam Piala Dunia di Qatar, sindir Iago Aspas.
Penyerang veteran itu terlepas menyertai skuad ke temasya Qatar 2022 tetapi telah dipanggil semula oleh pengganti Luis Enrique, Luis de la Fuente, untuk kelayakan Euro 2024 menentang Norway dan Scotland.
Lantas, bintang Celta Vigo berusia 35 tahun itu kecewa tidak berkesempatan untuk menghalang Sepanyol daripada tumbang kepada Maghribi menerusi sepakan penalti selepas kebuntuan tanpa jaringan di peringkat 16 Piala Dunia 2022.
Iklan
"Saya berharap Sepanyol mampu meledak gol," katanya merenung semula perlawanan itu.
"Dengan Luis Enrique, kami mempunyai gaya permainan yang sangat jelas. Bagi saya yang pada masa hadapan berpeluang menjadi jurulatih, jika kami tidak mempunyai rancangan B dan apabila rancangan A pula tersekat, maka tiada tonggak yang boleh mengelak situasi itu. Itulah pandangan saya."
Luis Enrique berasakan Aspas tidak menyumbang secukupnya daripada perspektif bertahan.
— Spanish Football (@SpainIsFootball) March 23, 2023
Menggambarkan alasan Luis Enrique itu, Aspas berkata: "Saya sebenarnya tidak bersetuju tetapi saya tidak berbincang dengan Luis Enrique.
"Saya tidak tahu sama ada dia berkata demikian merujuk kepada saya secara khusus tetapi dalam pasukan, saya berlari seperti orang lain.
"Data ada dan sesiapa sahaja boleh melihat bagaimana saya boleh mencapai 10 kilometer dalam setiap perlawanan setiap hujung minggu. Kami di Celta merupakan pasukan yang tidak boleh meninggalkan seorang pemain pun tanpa bertahan kerana pasukan lain mampu memusnahkan kami.
"Saya adalah pemain bola sepak yang penting di kelab saya, tetapi apabila saya datang ke pasukan kebangsaan dalam keadaan lain, saya fikir saya telah menunjukkan bahawa saya adalah pemain serba boleh yang mampu berperanan di posisi berbeza: di belakang penyerang mahupun sebagai penyerang atau di sebelah sayap. Jadi saya di sini untuk membantu dan untuk apa yang jurulatih perlukan."
Must-Watch Video