Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Euro 2024: Domenico Tedesco bawa cabaran Belgium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tedesco.jpg
Domenico Tedesco dinamakan sebagai ketua jurulatih Belgium yang baharu bagi menggantikan peranan Roberto Martinez berikutan penyingkiran mengejut skuad The Red Devils di peringkat kumpulan Piala Dunia di Qatar, Disember lalu. 

Belgium tersingkir daripada temasya itu selepas hanya menang sekali satu daripada tiga perlawanan Kumpulan F dan gagal menyamai pencapaian cemerlang meraih tempat ketiga dalam edisi 2018 di Russia.

Setelah memacu Belgium ke ranking pertama dunia FIFA di antara 2018 dan 2021, Martinez mengosongkan kerusi sebagai ketua jurulatih selepas kejohanan di Qatar dan baru-baru ini mengambil alih pasukan kebangsaan Portugal.

Tedesco -- yang dipecat oleh RB Leipzig pada September lalu selepas permulaan kempen yang buruk dalam Bundesliga --  akan menjadi pengganti buat Martinez apabila menandatangani kontrak untuk mengetuai Belgium hingga kempen Euro 2024 UEFA berakhir. 

Ketika mengendalikan Leipzig, Tedesco meraih kejuaraan DFB-Pokal pertama kelab itu selain membawa mereka ke separuh akhir Liga Europa sebelum ditewaskan Rangers.

“Bagi saya, adalah satu penghormatan besar untuk menjadi ketua jurulatih baharu Belgium,” kata Tedesco kepada pemberita selepas pelantikannya. 


 

"Saya sangat menantikan tugas ini dan saya sangat bermotivasi.

"Saya mempunyai perasaan yang sangat baik sejak perbualan pertama kami."

Tedesco akan memikul cabaran pasukan baru itu layak ke kejohanan Euro di Jerman tahun depan menerusi perlawanan kelayakan pertama yang akan diadakan di Sweden pada 24 Mac ini.

Advertisement

Must Watch Video