Kelayakan Euro 2024: Cristiano Ronaldo rasmi tercatat dalam Rekod Dunia

Shaiful Shamsudin
Jun 21, 2023 10:19 MYT
PORTUGAL 1 GREECE 0
Cristiano Ronaldo sentiasa mencipta suasana luar biasa pada malam ketika dia menerima cenderamata atas penampilan antarabangsanya yang ke-200.
Sebelum sepak mula, penyerang Al-Nassr itu menerima sijil daripada Rekod Dunia selepas muncul pemain lelaki terbanyak membuat penampilan di kebangsaan.
Yang paling hampir dengan catatan Ronaldo itu ialah Bader Al-Mutawa yang menyarung jersi Kuwait sebanyak 196 kali.
Ronaldo menandakan peristiwa itu dengan menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-89 ke atas menentang Iceland yang kehilangan seorang pemain akibat kad merah ke atas Willum Thor Willumson.
Pemain berusia 38 tahun itu menanduk masuk umpanan Goncalo Inacio dan meraikannya dengan meriah di sebalik campur tangan video bantuan pengadil (VAR) kerana berpotensi ofsaid.
Jaringan di Reykjavik itu membantu Portugal menerajui Kumpulan J, Kelayakan Euro 2024 dengan dua mata di depan Slovakia yang turut menang 1-0 di laman Liechtenstein.
Ronaldo membuat kemunculan seniornya bersama Portugal ketika berdepan Kazakhstan pada Ogos 2003.
#Cristiano Ronaldo #Portugal #Kelayakan Euro 2024
;