BELANDA 2 REPUBLIK IRELAND 1
Sisa harapan Republik Ireland untuk layak ke Euro 2024 dipadamkan oleh Belanda apabila gol pemain gantian, Wout Weghorst, memastikan kemenangan 2-1 di Dublin awal pagi tadi.
Tuan rumah yang memerlukan kemenangan untuk menyalakan harapan dalam saingan dalam Kumpulan B mendahului seawal minit ke-4 lapabila Adam Idah menyempurnakan sepakan penalti setelah Virgil van Dijk dihukum kerana bola terkena tangan.
Kemudian kegopohan penjaga gol, Gavin Bazunu, yang menjatuhkan Denzel Dumfries membolehkan Belanda memenangi sepakan penalti sendiri di pertengahan babak pertama yang menyaksikan dengan Cody Gakpo menyamakan kedudukan dari jarak 12 ela itu.
Weghorst memastikan pasukannya naik ke tangga kedua dengan satu perlawanan di tangan di belakang pendahulu, Perancis, selepas menampan umpanan daripada Dumfries pada minit ke-56 permainan, sekali gus menyaksikan Republik Ireland yang memerlukan kekalahan Belanda berputih mata.
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Greece menewaskan Gibraltar 5-0 di Athens untuk kekal dalam saingan merebut tempat kedua kelayakan.

FT | It ends in defeat at the Aviva Stadium. pic.twitter.com/Kj8pV1n2HF
— Ireland Football ⚽️?? (@IrelandFootball) September 10, 2023