Trent Alexander-Arnold meledak gol dan menyerlah sebagai pemain tengah ketika England menerusi kemaraan ke pentas Euro 2024 dengan kemenangan bergaya ke atas Malta.
Bek-kanan Liverpool yang berbakat namun jarang menyerlah ketika menyarung jersi The Three Lions, mempamerkan sesuatu yang luar biasa dalam perlawanan awal pagi tadi.
Alexander-Arnold yang telah memperoleh kap yang ke-19 bertemu Malta, mempamerkan persembahan cukup bergaya bertindak sebagai pemain tengah, membantu untuk memberikan inspirasi kepada skuad kendalian Gareth Southgate memperoleh kemenangan 4-0.
Pemain berusia 24 tahun itu menghadirkan impak beraksi di Stadium Kebangsaan Ta’ Qali, dengan hantaran yang menakjubkan untuk Bukayo Saka melakukan hantaran silang memaksa Ferdinando Apap menjaringkan gol sendiri.
Alexander-Arnold terus membintangi perlawanan dan menghasilkan saat penuh magis pada minit ke-28, melepaskan rembatan untuk menggandakan kelebihan England.
England menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Harry Kane, namun pemain tengah itu membuka ruang buat England dalam mendapatkan sepakan penalti tersebut.
Skuad kendalian Southgate melengkapkan kemenangan pada penghujung permainan, penyerang Newcastle United, Callum Wilson, yang hadir sebagai pemain gantian melengkapkan sepakan penalti tujuh minit sebelum tamat perlawanan sekaligus memastikan rekod cemerlang buat England dalam aksi Kumpulan C.