Pemain berusia 41 tahun itu bercakap dalam sidang media pasukan kebangsaan menjelang perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Belgium Sabtu ini selepas disenaraikan oleh ketua jurulatih, Janne Andersson.
Dua tahun telah berlalu sejak Andersson memanggil semula Ibrahimovic yang memisahkan diri di peringkat antarabangsa, tetapi dia ditimpa malang apabila kecederaan lutut menafikan tempatnya ke pusingan akhir Euro 2020.
Setahun kemudian penyerang veteran itu memerlukan pembedahan lutut -- 'anterior cruciate ligament' -- di penghujung musim lalu sekiranya dia berhajat meneruskan kariernya.
Mei tahun lalu, Milan mendedahkan bahawa Ibrahimovic sanggup menanggung kesakitan lutut kirinya ketika membantu mereka memenangi kejuaraan Serie A.
Ibrahimovic berkata pada malam tadi: "Sebenarnya saya menjalani tiga pembedahan, bukan satu."
Dia menjelaskan proses pemulihan itu adalah satu perjuangan dan dia perlu menabahkan hati memandangkan pada mulanya dia tidak melihat sebarang peningkatan.
"Masalahnya ialah maklum balasnya tidak positif," katanya.
"Mereka cuba untuk bergerak ke hadapan tetapi ia kemudiannya menjadi dua langkah mengundur.
Say my name pic.twitter.com/QdSk9w66t0
— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) March 20, 2023
"Saya tidak pernah melihat sebarang cahaya yang boleh menawarkan saya kudrat yang mampu memberi saya jawapan bahawa apa yang saya lakukan adalah satu langkah bagus.
"Tetapi kemudian sesuatu berlaku dan saya dapat melangkah keluar dari bilik gelap.
"Segalanya menjadi terang dan positif. Ia sukar tetapi saya perlu banyakkan bersabar."