Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan AFC B-19: Malaysia sedia teruskan kecemerlangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

b-19.jpg
Belum sampai 24 jam selepas mencatat kemenangan besar 11-0 ke atas Brunei, skuad B-19 negara meneruskan langkah mereka dalam latihan pagi tadi untuk aksi seterusnya bertemu Kepulauan Mariana Utara.

Meskipun keletihan, latihan tetap diteruskan tatkala pengendali, Brad Maloney, memberi ruang buat pemain yang membenam Brunei 11-0 semalam untuk proses pemulihan kecergasan.

Bagaimanapun, Maloney berdepan cabaran apabila ada beberapa pemain yang mengalami kecederaan ringan serta ditimpa masalah kesihatan.

Menjelang pertemuan berdepan Kepulauan Mariana Utara esok, kemenangan besar sudah tentu menjadi sasaran untuk dijadikan pemangkin sebelum berdepan pasukan gergasi, Thailand, Ahad ini.
 

Advertisement

Must Watch Video