Penjaga gol skuad B-19 negara, Firdaus Irman Mohd Fadhil, menganggap pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-19 tahun di Kemboja bulan depan sebagai peluang kedua untuk membuktikan pengibatannya masih relevan.

Bermula dengan kapasiti selaku ketua pasukan dalam Kejohanan AFF di Vitenam bulan lalu, dia gagal untuk meneruskan prestasi cemerlang dengan beberapa kesilapan yang dilakukannya memaksa ketua jurulatih, Brad Maloney, menggugurkannya daripada kesebelasan utama.

Mengakui situasi itu bukan penutup terbaik yang diimpikannya, dia berasakan kejohanan di Phnom Penh itu sebagai peluang kedua untuk meraih kepercayaan.

"Saya amat bergelut dalam Kejohanan AFF.

"Jadi, saya bertekad untuk bangkit dalam Kejohanan AFC dan akan berusaha bersungguh-sungguh bersama pasukan.

"Selepas kejohanan itu, saya balik dan meneruskan latihan, memang tidak cuti.

"Saya menyertai latihan pasukan senior.

"Walaupun tidak terpilih dalam kesebelasan utama, saya tetap akan berusaha," katanya.