Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan United tampil mohon maaf isu tunggakan gaji

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-united.jpg
Pengarah Eksekutif Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz tampil memohon maaf kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan atas tunggakan gaji tiga bulan yang dihadapi kelab itu.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, permohonanan maaf itu dibuat selepas transaksi pembayaran tunggakan gaji yang sepatutnya dibuat pada 31 Disember lalu tidak dapat dilunaskan ekoran masalah teknikal, namun dia berjanji untuk membuat pembayaran esok (Rabu).

"Saya dan pihak pengurusan dah berjumpa dengan beberapa pemain yang terlibat, memohon maaf atas masalah teknikal transaksi yang sepatutnya berlaku pada 31 Disember lalu.

"Saya dah maklumkan pengkreditan gaji pemain akan bermula esok. Saya akan uruskan.

"Saya memohon beribu-ribu kemaafan kepada pemain, jurulatih, pegawai serta keluarga mereka kerana terkait dalam isu umum (gaji) kelab bola sepak seperti kami," katanya.

Dia juga menyatakan perancangan untuk mengurangkan pengambilan pemain import serta pengurangan gaji pemain yang melebihi kemampuan sebenar kelab itu bagi musim 2024/2025.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video