Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan United mahu terus himpit Kuching FA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-united.jpg
Kelantan United FC mengotakan janji untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Kuching FA, selepas menumpaskan Batu Dua FC 2-0 dalam aksi menarik saingan Liga M3 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.

Ketua jurulatih Kelantan United FC, Zahasmi Ismail, berkata kemenangan di gelanggang sendiri itu pasti menjadi tonik terbaik untuk terus mengharungi saingan liga yang semakin mencabar.

"Alhamdulillah, dua jaringan daripada Fakhrulzaman (Wan Abdullah Zawawi) dan penyerang import, Gassama (Alfussainey) dalam babak pertama memberi kelebihan kepada kami untuk terus menekan lawan.

"Saya harap prestasi pemain terus konsisten untuk mencabar dan menghimpit pendahulu liga, Kuching FA," katanya.

Zahasmi, yang juga bekas pengendali Liga Super Kelantan, bagaimanapun, kurang berpuas hati dengan aksi pemainnya dalam babak kedua.

"Pemain agak leka dan banyak beri ruang kepada lawan untuk melancarkan serangan. Kami sepatutnya lebih tenang dan terus kuasai permainan," katanya.

Kemenangan ke atas Batu Dua FC membolehkan Kelantan United FC berada di tangga kedua liga dengan 25 mata, satu mata di belakang pendahulu, Kuching FA. Batu Dua FC pula di tempat keenam dengan 16 mata.

Kredit Foto: KUFC

 

Advertisement

Must Watch Video