Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan United kurang persediaan beraksi di padang becak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-united.jpg
KELANTAN UNITED 0 NEGERI SEMBILAN 4 

Persiapan yang tidak sempurna serta padang becak gagal memberi kelebihan kepada pasukan Kelantan United FC (KUFC) untuk menjaringkan gol ketika bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. 


Penolong Pengurus KUFC, Nik Khuzaimi Nudin berkata, anak buahnya sudah melakukan yang terbaik, namun pemain Negeri Sembilan yang bermain dengan bertahan menyukarkan kami untuk mencari jaringan.

"Bukan mencari alasan tetapi itu hakikat. Keadaan cuaca dengan persediaan yang tidak sepenuhnya serta hujan dan persiapan yang tidak sempurna.

"Pemain kurang latihan bersama bola dan hanya berlatih tiga kali seminggu di padang selain terpaksa menjalani latihan 'indoor'," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, menyaksikan KUFC gagal menyaingi pasukan pelawat apabila tewas 0-4 kepada skuad kendalian K Devan sekali gus menjadi kekalahan kedua bertemu Negeri Sembilan dalam saingan liga.

Mengulas insiden kad merah yang dilayangkan kepada Ariff Ar-Rasyid Ariffin minit ke-76, Nik Khuzaimi mengakui tidak dia tidak nampak insiden berkenaan.

"Tiba-tiba pengadil meniup wisel dan kad merah dilayangkan tetapi saya akan tengok semula rakaman insiden itu," katanya.






Sementara itu, Ketua Jurulatih NSFC, K Devan mengakui berpuas hati dengan disiplin yang ditunjukkan pemainnya sekali gus menambah tiga mata kepada pasukan.

Menurutnya, keadaan padang yang becak memaksanya menukar taktikal permainan dan pemain berjaya melakukan dengan baik,

"Jika tidak dapat melakukan hantaran pendek, kita cuba hantar bola ke belakang dan serangan lebih cepat. Keadaan padang juga tidak memberi peluang kita melakukan serangan balas yang lebih baik," katanya.

Ketika ditanya mengenai musim terakhir beliau bersama NSFC, Devan memberitahu belum ada sebarang perancangan dan masih menunggu perbincangan NSFC.

"Ada banyak khabar angin mengenai tawaran daripada kelab lain tetapi saya belum membuat keputusan, masih tunggu NSFC," katanya.






Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video