Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan tewas kepada pengadil -- Annuar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

13417jdtkelantan.jpg
Penasihat Persatuan Balasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, melahirkan kekecewaan dengan beberapa keputusan pengadil selepas menyaksikan The Red Warriors (TRW) tewas 2-3 dalam aksi Liga Super di Kota Bharu, malam tadi.

"Walaupun tewas, saya tetap ucap tahniah kepada TRW. Anda tewas kepada pengadil," katanya ringkas menerusi Facebook selepas tamat perlawanan.

Kenyataannya itu dipercayai ditujukan kepada pengadil perlawanan, Mohd Nazmi Nasaruddin, yang dikatakan membuat beberapa keputusan berat sebelah.

Nazmi memberikan penalti kepada JDT dengan mempersalahkan Mamadou Danso yang mengasak Gabriel Guerra di depan pintu gol -- ia memberi peluang kepada Harimau Selatan untuk menyamakan kedudukan 2-2.

Ketika baki perlawanan tinggal 15 minit, Nazmi kemudiannya melayangkan kad merah kepada Mohd Qayyum Marjoni Sabil selepas pemain pertahanan Kelantan itu dipersalahkan menarik baju Guerra.

Safiq membuka jaringan JDT selepas ketinggalan dengan dua gol Mohammed Ghaddar, dan Guerra kemudian menambah dua lagi gol untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Selepas perlawanan, penyokong tuan rumah berkumpul di luar stadium sambil melaungkan rasa tidak puas hati terhadap pengadil.

Kemenangan itu membolehkan JDT bertakhta buat kali pertama dalam Liga Super musim ini selepas memintas Pahang dan Kedah dengan satu mata.

Gambar: Laman facebook JOHOR Southern Tigers  


 

Advertisement

Must Watch Video