Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kelantan tak sertai Liga A1 Amatur Semi-Pro, fokus selesai isu berbangkit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-fc.jpg
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, memohon maaf kepada penyokong Kelantan FC berhubung keputusan berat tidak akan bertanding dalam Liga A1 Semi-Pro 2024/25, demikian satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial media TRW Kelantan FC, sebentar tadi. 

Keputusan ini dibuat setelah penilaian dan pertimbangan teliti dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan.

Skuad The Red Warriors sebelum ini menerima talian hayat daripada penganjur, Liga Bolasepak Amatur (AFL), bagi pendaftaran baru berikutan masih menanggung hutang tertunggak selain kes berkaitan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 

Justeru, selepas membuat pertimbangan wajar, pihak pengurusan menganggap adalah lebih baik pasukan Pantai Timur itu menyelesaikan isu berbangkit sambil bertekad untuk kembali bersaing pada musim akan datang. 


 

Advertisement

Must Watch Video