Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan Red Warriors rekrut 2 import, Lembah Klang destinasi pramusim luar sulung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

presiden-kelantan-red-warriors-(krw),-nik-hafiz-naim-nik-hassan_1.jpg
Presiden Kelantan Red Warriors (KRW), Nik Hafiz Naim Nik Hassan, mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti dua calon import yang bakal memperkuatkan pasukan bagi saingan Liga A1 Semi Pro 2025/2026.

Jelasnya, dua khidmat pemain import masing-masing daripada Lubnan dan Sweden itu bakal mengisi posisi pertahanan tengah serta penyerang KRW. 

Nik Hafiz Naim turut memaklumkan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu bakal mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan bermula dengan aksi bertemu Terengganu di Kota Bharu, disusuli menentang Melaka di Stadium Hang Jebat selain menghadapi Negeri Sembilan di Cheras.

"Persiapan kami hampir 95 peratus. Selain tunggu dua import lagi dan masukkan 2-3 pemain lagi (maka) skuad kami akan lengkap. 





"Seorang penyerang dan pertahanan import akan didaftarkan tertakluk kepada ujian perubatan. 

"Selepas lawan Terengganu pada 4 Julai, kami akan ke Kuala Lumpur untuk jumpa Melaka, Negeri Sembilan dan bertemu Penang apabila balik ke Kelantan. 

"Kami percaya dengan perancangan Irfan Bakti dan yakin mampu layak ke Liga Super musim depan," katanya di Nadi Arena. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video