Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan Red Warriors dapat tajaan jersi selama 2 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

warrix-kelantan.jpg
Berita baik buat semua penyokong tegar Kelantan Red Warriors (KRW) selepas kelab itu menerima tajaan dari syarikat pengeluar pakaian sukan terkenal di Thailand iaitu Warrix.

Warrix akan muncul sebagai penaja rasmi jersi KRW menggunakan warna ikonik pasukan iaitu merah dan putih selama dua musim dan berjumlah RM1 juta.

Perjanjian tersebut turut dihadiri presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warrix, Wisan Wanasaksrisaku.


Selain Kelantan, Warrix turut menaja Negeri Sembilan, Phon Penh Crown, skuad kebangsaan Thailand dan BG Tampines Rovers.



 

Advertisement

Must Watch Video