Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan Red Warrior sah guna Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, bakal penuhi kuota tiga import

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

krw.jpg
Presiden Kelantan Red Warrior (KRW), Nik Hafiz Naim Nik Hassan, memaklumkan persiapan pasukannya kini sudah mencapai tahap 80 peratus menuju saingan musim baru Liga Malaysia (Liga-M). 

Kelab yang baru ditubuhkan itu bakal dibarisi majoriti pemain kelahiran negeri Kelantan, di samping turut memiliki pengalaman beraksi dalam kancah domestik, termasuk diperkuat dengan khidmat tiga tonggak import.

Jelasnya, difahamkan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV akan menjadi venue tuan rumah bagi KRW. 

Pihak pengurusan KRW masih menanti kata putus daripada Amateur Football League (AFL) berkenaan status permohonan untuk menyertai Liga A1 Semi-Pro musim hadapan.

"Persiapan pasukan merangkumi pemain sudah melepasi 80 peratus dan kebanyakannya disertai 'Anak Kelate'.

"Buat masa sekarang, dalam proses mencari rakan kongsi dan penaja. 

 

"Ketika sesi taklimat bersama AFL, ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim, juga mahu penuhi kuota tiga pemain import. 

"Sangat besar kelegaan apabila perbadanan stadium mengesahkan kami akan menggunakan venue keramat tersebut sebagai rumah kami," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Advertisement

Must Watch Video