Kehadiran semula pasukan Kelantan atau julukan baru Kelantan Red Warrior bakal mendapat perhatian menerusi pembentukannya yang akan menghiasi kancah tempatan tidak lama lagi.

Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan, mendedahkan skuadnya sedang dalam proses untuk melantik barisan kejurulatihan sebelum menjalankan sesi pemilihan pemain bermula Januari depan.

Dalam masa sama, Nik Hafiz tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan khidmat legenda Kelantan, Badri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya, bagi memperkuat pasukan.

Demi kebangkitan semula bola sepak Kelantan, Nik Hafiz memberi jaminan bahawa KRW tidak akan berdepan isu tunggakan gaji memandangkan pihaknya akan mengamalkan kaedah 'ukur baju di badan sendiri'.




"Kami sudah menghantar permohonan kepada Liga Bolasepak Amatur (AFL) dan sedang memproses penyertaan tersebut.

"Kami diberitahu bahawa mereka tidak akan mengumumkan kehadiran KRW selagi Liga A1 Semi-Pro belum tamat.

"Kami harus berhemah dan berhati-hati dalam perbelanjaan kelab. Kami tetapkan bajet dalam RM2 juta.

"Kami akan senarai pendek beberapa potensi jurulatih dan pemain termasuk nama-nama yang sudah berada dalam radar kami.