Kelantan Darul Naim FC menyambut baik keputusan Malaysia Football League melalui Badan Bebas First Instance Body (FIB) yang telah mengumumkan berkenaan Kelab Liga Super yang telah berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan.
Kelantan Darul Naim Football Club (KDNFC) merupakan di antara kelab yang diumumkan mendapat kelulusan bersyarat. Kelulusan ini, walaupun bersyarat adalah merupakan komitmen berterusan pihak KDNFC dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian profesional dan peraturan liga. KDNFC komited untuk memenuhi syarat tersebut dan telah pun memulakan langkah-langkah awal bagi memenuhi syarat yang diperlukan.
Dalam kesempatan ini, KDNFC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak MFL yang terbukti prihatin terhadap perkembangan dan pembangunan kelab- kelab secara keseluruhan namun pada masa yang sama mementingkan integriti serta pematuhan dalam setiap aspek bagi memelihara kualiti secara konsisten.
KDNFC percaya pihak MFL akan terus meningkatkan lagi kualiti liga sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.
Pengumuman tersebut merupakan isyarat jelas bahawa transformasi yang sedang dilakukan oleh Pengurusan baharu KDNFC berada di landasan yang tepat.
KDNFC akan terus bergerak ke hadapan dengan penuh integriti, ketelusan dan iltizam untuk membawa kelab ini ke tahap yang lebih tinggi, seiring dengan semangat Transformasi KDNFC: Performance & Stability.
KDNFC juga ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh lapisan penyokong dan rakan-rakan strategik termasuk Kerajaan Negeri Kelantan yang bergabung memberi sokongan dan terus setia bersama.
Inilah The Real Warrior yang menjadi tunjang utama bagi menuju kegemilangan bola sepak Kelantan.