Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan Darul Naim perlu RM7 juta hadapi musim baharu Liga-M

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rozi.jpg
Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) memerlukan dana antara RM6 juta hingga RM7 juta, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026.

Presidennya Rozi Muhamad berkata jumlah itu ditetapkan berdasarkan nasihat dan garis panduan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), susulan kelemahan aspek pengurusan kewangan pasukan pada musim lepas.

"Penstrukturan semula telah dilakukan melibatkan pegawai, pengurusan dan pemain bagi memperkukuh pasukan, selain membentuk pengurusan baharu berasaskan pengalaman supaya lebih bersedia menghadapi saingan liga.

"KDN FC juga menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa pihak termasuk penaja dan kerajaan negeri, dalam usaha memastikan kelab terus berdaya saing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Penghargaan KDN FC bersama penaja serta rakan strategik di sini, malam tadi.

Berhubung urusan perlesenan kelab, Rozi berkata KDN FC kini giat menyelesaikan syarat pelesenan ditetapkan MFL dan First Instance Body (FIB), dengan setakat ini telah mencapai tahap penyelesaian lebih 90 peratus.

Pada majlis itu, Rozi turut mengumumkan pelantikan tokoh korporat Datuk Mohd Irwan Rizal Ali Napiah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu pasukan.-Awani

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video