Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan bukan lawan mudah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahrel-fikri-0205.jpg
Kapten dan penyerang PKNP FC, Shahrel Fikri Md Fauzi, enggan memandang mudah cabaran Kelantan walaupun pasukan itu kini hanya dibarisi pemain muda menjelang aksi Liga Super di Stadium Negeri Batu Kawan, malam ini.

Bagi Shahrel, biarpun dibarisi tonggak muda, Kelantan tetap lawan yang sukar sambil menyifatkan kemampuan mereka memberi saingan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum tumpas 2-1 dalam aksi liga sebelum ini, memberi gambaran mereka mampu memberi saingan kepada PKNP.

Dalam masa sama, Shahrel percaya PKNP sudah bersedia untuk menangani Kelantan.

"Kelantan mempunyai pemain-pemain berkualiti macam Perak sebelum ini. Mereka agak bagus dalam kawalan bola, jadi mereka tidak boleh dipandang rendah.

"Ini adalah peluang buat kami untuk memperbaiki kedudukan liga dengan mendapatkan tiga mata," katanya.

Shahrel juga menyifatkan perancang muda Skuad The Red Warriors, Nik Akif Syahiran Nik Mat, sebagai pemain yang perlu dirantai PKNP.

"Kami tahu Nik Akif adalah pemain skuad B-23 kebangsaan dan dia agak mengawal jentera tengah dengan baik. Pergerakannya harus dikawal ketat," katanya lagi.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video