BOLA SEPAK
Kelab Wales terkejut dapati timbalan kapten jadi 'tokan'
Barry Town United terkejut bukan kepalang selepas mendapati timbalan ketua pasukan, Evan Press, telah dijatuhi hukuman dua tahun setengah atas pembabitannya dalam kes dadah kelas A, lokain.
Kelab yang bersaing dalam liga Wales itu tidak menyedari perkembangan tonggak tersebut sebelum hukuman berkenaan dijatuhkan pada kelmarin.
Dalam perbicaraan itu, Press, 24, mengaku bersalain di Mahkamah Crown Newport kerana mengedar kokain di antara Februari 2021 hingga November 2023 di Cardiff.
Meskipun membuat pengakuan bersalah pada 11 Februari lalu, Press masih beraksi untuk Barry Town malah dipilih mengetuai pasukannya.
“Sejujurnya, kami hanya mengetahui berkenaan hal ini pada hari hukumannya dijatuhkan," kata jurucakap kelab itu kepada WalesOnline.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia tidak pernah memaklumkan kepada kami. Kami hanya dihubungi keluarganya selepas sejam hukumannya dijatuhkan."
Press -- yang telah mewakili Barry Town sejak 2018 -- beraksi 187 perlawanan dengan menyumbangkan 11 gol dengan 19 aksi daripadanya musim ini selaku ketua pasukan termasuk dalam kemenangan 2-1 ke atas Aberystwyth pada dua minggu lalu.