BOLA SEPAK
Kelab Turki hampiri khidmat Isco
Isco sedang berunding dengan Konyaspor selepas gagal melengkapkan perpindahan ke Union Berlin, dedah naib presiden kelab Turki itu, Mehmet Akcan.
Isco -- yang dilepaskan oleh Sevilla pada Disember lalu selepas hanya empat bulan di kelab itu -- kelihatan bersedia untuk cabaran baharu di ibu negara Jerman tersebut apabila dia dilaporkan selesai menjalani ujian perubatan dengan Union.
Bagaimanapun, perpindahan pemain berusia 30 tahun itu ke kelab Bundesliga berkenaan tidak menjadi kenyataan atas faktor syarat peribadi yang menyaksikan kedua-dua pihak saling menyalahkan di antara satu sama lain.
Bagaimanapun, bekas pemain tengah Real Madrid itu kini mungkin telah menemui destinasi barunya apabila sedang berbintang untuk menyertai kelab Super Lig tersebut.
"Ya benar. Kami dalam proses rundingan dengan Isco," Akcan dipetik sebagai berkata oleh Sepanyol AS.
"Saya cuma boleh beritahu kepada anda bahawa rundingan kami berjalan dengan baik.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami belum pasti adakah kami telah mencapai persetujuan, jika tidak menjadi sekalipun kami akan menjelaskannya secara terbuka.
"Kami sedang melakukan segala yang terdaya untuk memeterai perjanjian ini.
"Kami mempunyai masa sehingga 8 Januari ini tetapi saya fikir segala-galanya akan diselesaikan mahupun dimuktamadkan secepat mungkin.
"Sekarang kami berpeluang untuk mengesahkan tandatangannya dan positif berbuat demikian."