Kelab New Zealand ikat Harimau Malaya dalam aksi tertutup

Najmi Iman
Oktober 11, 2024 14:56 MYT
Auckland FC mengikat Harimau Malaya 1-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 secara tertutup di Stadium Go Media, Auckland, sebentar tadi.
Aksi tersebut dianggap sebagai pemanas badan bagi menghadapi sebuah gergasi bola sepak, New Zealand, pada minggu depan selepas tidak berjaya mendapatkan satu lagi perlawanan berstatus Tier 1.

Keputusan Masa Penuh Perlawanan Antarabangsa Tier 2 (Tertutup) | Jumaat, 11 Oktober 2024 AUCKLAND FC 1-1 MALAYSIA ⚽️ Francis de Vries 25' ⚽️ Nooa Laine 59' * Perlawanan berlangsung di Stadium Go Media, Auckland, New Zealand#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/xKs41Z8RPP

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Francus de Vries terlebih dahulu meletakkan Auckland 1-0 di depan pada minit ke-25 sebelum tamat separuh masa pertama.
Pemain Selangor, Noaa Laine, menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-59, sekali gus mengakhiri permainan dengan keputusan seri.
#bola sepak #New Zealand #Harimau Malaya #Auckland
;