Berbaki 24 hari sebelum sepak mula Liga Super 2024/2025 yang bakal berlangsung Mei depan, beberapa pasukan dilihat sedang melakukan persiapan rapi dengan mengadakan perlawanan persahabatan untuk menguji kekuatan pasukan antara satu sama lain.

Menerusi kemas kini laman sosial pasukan Terengganu di X, mereka akan bertemu Kedah Darul Aman dan Penang dalam Kejohanan Empat Penjuru Agarbomb Performance Cup sebagai aksi pra-musim yang sedang berlangsung.

Manakala, pasukan Negeri Sembilan akan menentang Selangor dalam perlawanan persahabatan tertutup di Selangor Training Centre, Shah Alam.

Tidak terlepas, juara 10 kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), juga akan mengadakan perlawanan persahabatan bersama Real Murcia CF dalam siri jelajah pra-musim di Sepanyol.