BOLA SEPAK
Kelab ini kelab derita, satu dunia sedang 'troll' Man Utd tewas kepada ASEAN All-Stars di sosial media
Langit tidak selalunya cerah. Hari malang Manchester United terus berterusan apabila permulaan jelajah pascamusim di Malaysia berakhir dengan kekalahan paling memalukan kepada pasukan terbaik pilihan Asia Tenggara di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.
Meskipun menurunkan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Casemiro, Harry Maguire, Alejandro Garnacho, Andre Onana dan Bruno Fernandes, ia masih tidak mampu mengekang asakan ASEAN All-Stars.
Bukti bola sepak rantau ini sedang berkembang dan menunjukkan peningkatan positif!
Iklan
Dalam perlawanan itu, barisan tonggak The Red Devils kecundang gara-gara jaringan tunggal penyerang Myanmar, Maung Maung Lwin, dalam babak kedua.
Reaksi daripada penyokong tempatan sangat bercampur baur tatkala melihat kelab kesayangan tewas, namun gembira dengan kemenangan skuad kendalian Kim Sang-sik.
Satu dunia sedang bercakap mengenai keputusan sepenuh masa tersebut.
Media sosial penuh dengan pelbagai gelagat, termasuk memerli aksi longlai anak buah Ruben Amorim. Ruang komen juga dipenuhi menghangatkan suasana.
Manchester United terus menerima kecaman tanpa henti. Satu alam semesta menjadikan aksi semalam selaku topik perbualan hari ini.
Ini sekali gus, menyaksikan naib juara Liga Europa (UEL) itu terlepas peluang keemasan untuk meraih trofi Maybank Challenge Cup, musim ini.
Must-Watch Video