BOLA SEPAK
Kelab amatur mahu jadi nombor dua paling popular selepas JDT di Johor
Kelab amatur yang semakin mendapat perhatian, Vigor, mula membina satu pasukan hebat apabila mengumpul kekuatan melibatkan bekas pemain bola sepak profesional untuk bertanding dalam liga amatur.
Dengan penyertaan daripada bekas penyerang Harimau Malaya, Amri Yahya, termasuk Gopi Rizqi, Fandi Othman dan Abdul Latiff Suhaimi, sudah tentu mahu merealisasikan impian menjadi kelab ternama satu hari nanti.
Kemasukan artis terkemuka, Aidil Abdul Aziz, juga menjadi nilai tambah terbaik ekoran dia juga sedang aktif bermain bola sepak dan sedia menabur bakti bersama rakan sepasukan.
Iklan
@vigorfootballclub A New Era Begins! Today marks a monumental chapter in our club’s journey as we officially welcome star players Aidil Aziz, Latiff Suhaimi, Gopi Rizqi, Fandi Othman, and Amirul Hussaini to the team! This powerful lineup brings skill, heart, and unmatched determination to the pitch true game changers ready to elevate our game to new heights. A heartfelt thank you to our visionary Club President, Sir Amsha, whose unwavering support and leadership have made this dream come true for our players and fans alike. The fire is lit, the mission is clear, and the momentum is unstoppable. Together, we rise this is only the beginning! @Ikon Jutawan Hartanah @Aidil Aziz @Gopi Rizqi @Amri Yahyah 17 @latiffsuhaimi_13 #fyp #tiktokmalaysia #DemiLencanaDiDada #VamosVigorFC ♬ original sound - Vigor FC
Tidak dinafikan, Aidil turut berharap suatu hari nanti Vigor menjadi satu pasukan besar dan mencontohi juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk menjadikan model.
"Kami semua diketuai Amri Yahya, harap dapat membawa Vigor lebih jauh, supaya selepas JDT, Vigor nombor dua paling popular di Johor," kata suami kepada pelakon wanita tanah air, Fasha Sandha Hassan.
Must-Watch Video