Skip to main content

Bola Sepak

Kekuatan JDT mantapkan lagi Harimau Malaya - Mohd Yusoff

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yusoff.jpg
Kekuatan pasukan gergasi bola sepak negara Johor Darul Ta'zim (JDT) termasuk dengan kehadiran pemain warisan secara tidak langsung mengasah lagi taring Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, situasi itu juga jelas memberi kelebihan buat ketua jurulatih Peter Cklamovski untuk memantau rapat prestasi pemain negara yang kebanyakannya mewakili JDT.

"Kehadiran pemain JDT secara tak langsung menguatkan lagi pasukan kebangsaan mengharungi peringkat lebih tinggi selepas ini.

"Ia juga memberi lebih banyak pilihan kepada Peter untuk mendapatkan pemain yang terbaik sahaja mewakili negara," katanya.

Baru-baru ini, juara bertahan Liga Super sebanyak 11 kali berturut-turut itu menandatangani empat pemain warisan baharu, iaitu pemain tengah Nacho Mendez, penyerang Joao Figueiredo, pertahanan Jon Irazabal dan pemain tengah Hector Hevel bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M).-Awani

 

Advertisement

Must Watch Video