Kekentalan Cristian Romero curi perhatian rakan sepasukan Tottenham
Shaiful Shamsudin
Oktober 8, 2023 23:51 MYT
Oktober 8, 2023 23:51 MYT
Pertahanan Tottenham, Micky van de Ven dan Destiny Udogie, memuji kepemimpinan Cristian Romero selepas gandingan mereka untuk melanjutkan permulaan tanpa kalah Ange Postecoglou membimbing kelab itu dengan kemenangan 1-0 di Luton, malam tadi.
Spurs mencipta deretan peluang awal di Kenilworth Road tetapi dua kad kuning Yves Bissouma dalam babak pertama mengubah senario permainan.
Selepas Van de Ven meletakkan Tottenham di hadapan pada minit ke-52, Luton meningkatkan asakan tetapi Romero selaku naib kapten khususnya, menyinar dengan 12 halangan dan memenangi lima perebutan di udara ketika menjelmakan satu persembahan hebat sepanjang 90 minit permainan.
“Dia seorang pemain yang hebat, pemain yang sukar dipercayai,” kata bek tengah, Van de Ven, mengenai rakan sepasukannya itu kepada SpursPlay.
These two ? pic.twitter.com/CArGsgSbUb
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) October 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Apabila bertahan, dia begitu kental dan handal mengawal bola yang, sentiasa bersuarasa jadi dia seorang pemain yang menakjubkan.
“Kami perlu menumpukan perhatian sepanjang 90 minit. Kami terpaksa terus berjuang, terus memberi arahan dan memastikan benteng kekal kebal. Kami membantu antara satu sama lain dan saling memberi sokongan.
“Semua orang terus bersuara sepanjang masa dan selalunya tiada siapa yang hilang tumpuan, tetapi semua orang berjaga-jaga antara satu sama lain dan anda boleh lihat kami bertahan dengan sangat ampuh demi mengekalkan rekod bersih.”