Skip to main content

Bola Sepak

Kekangan dana mungkin paksa Julen Lopetegui-Wolverhampton bawa haluan sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

julen-lopetegui.jpg
Julen Lopetegui mengakui masa depannya yang tidak menentu di Wolverhampton tidak boleh dibiarkan berlarutan.

Masa depan jangka panjang bekas pengurus Real Madrid itu di Molineux menjadi perhatian berikutan peraturan kewangan adil akan memberi kesan kepada kuasa perbelanjaan kelab pada musim panas ini dan Lopetegui pada minggu lalu sedar dia bakal berdepan kekangan.

Dia telah meminta kelab itu agar melabur sejak memastikan kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dia akan terus berunding dengan Pengerusi, Jeff Shi, tentang sokongan yang bakal dia terima dan ia memerlukan penyelesaian segera.

Dia berkata: “Saya harap begitu, kita akan lihat.

“Saya mahu menyelesaikan masalah. Mungkin kami tidak dapat menyelesaikannya 100 peratus tetapi saya fikir kami perlu mencubanya demi peminat, kelab ini, untuk sejarah dan untuk masa depan. 

“Jika kami mahu masa depan yang gemilang, kami perlu mengusahanya sendiri dan pada musim panas ini.

“Saya terikat dengan kontrak dan saya telah berada di sini selama enam bulan. Saya sangat gembira untuk berada di sini dan berharap akan terus gembira di sini.

“Tetapi kami mempunyai masalah dan kami haruslah jujur dan bersemuka untuk cuba menyelesaikan masalah.

“Mungkin bukan 100 peratus tetapi boleh jadi 80 peratus, siapa tahu?

"Itu sahaja. Mengenai masa depan saya, saya masih mempunyai kontrak dan kita akan lihat apa yang akan terjadi. Inilah bola sepak, kita tidak tahu.

“Kami kena bincang, bukan hanya sehari dua. Kami perlu bercakap mengenai penyelesaian dan masa depan untuk mempunyai skuad yang bersedia untuk bersaing semula.

"Tahun ini adalah fasa kami dikejutkan. Kami perlu belajar mengapa ia berlaku, untuk mengatasinya dan membuat kerja rumah pada musim panas ini. Ia bukan sekadar memerlukan sehari dua. Kami perlukan gambaran yang jelas.

“Adalah penting untuk membuat persediaan skuad. Mungkin bukan 100 peratus tetapi 90 peratus menerusi pemainnya. Bagi saya ia sangat penting, untuk menyediakan skuad bagi memulakan tugas kami pada 1 Julai depan."

Advertisement

Must Watch Video