Penjaga gawang Itali, Gianluigi Donnarumma, melabelkan kekalahan kepada Norway 1-4 dalam saingan Kumpulan I, Kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini sebagai 'kekalahan yang menyakitkan'.
Keputusan itu menyaksikan langkah skuad Azzurri menuju Piala Dunia 2026 tergendala, dengan Norway mara ke kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu buat kali pertama sejak 1998.
Advertisement
"Kami tidak wajar bolos gol ketiga dan keempat, tetap masalah besarnya adalah kami berhenti bermain dalam separuh masa kedua.
Italy finishes World Cup qualifying in second place and will return to the UEFA playoffs.
— B/R Football (@brfootball) November 16, 2025
They have failed to qualify via that route on the last two occasions ? pic.twitter.com/eOxORrgPlI
"Ia aksi yang berbeza sama sekali berbanding dalam babak pertama, kami tidak pernah membiarkan mereka keluar daripada kawasan mereka sendiri, kami perlu melakukannya selama 95 minit, bukan hanya 45 minit.
"Ia kekalahan yang menyakitkan tetapi kami perlu terus melihat kehadapan. Kami perlu menemui keyakinan kami kembali." katanya.
Defeat.#ITANOR #Azzurri #VivoAzzurro pic.twitter.com/E5sKTmM2aG
— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) November 16, 2025
Skuad kendalian Gennaro Gattuso akan beraksi dalam pusingan play-off Piala Dunia pada 26 Mac 2026 dan 31 Mac 2026 nanti.
