Kekalahan Liverpool kepada Nottingham Forest di Anfield menandakan kekalahan pertama era Arne Slot, berikutan tiga kemenangan berturut-turut ke atas Ipswich, Brentford, dan Manchester United.
Di sebalik mempamerkan aksi yang menjanjikan dalam sebahagian perlawanan, persembahan Liverpool dicemari keletihan yang jelas ekoran rehat antarabangsa dan penjaga gol, Alisson memiliki pandangan tersendiri.
Impak yang dimiiliki pemain gantian Nottingham Forest pada separuh masa kedua, Callum Hudson-Odoi dan Anthony Elanga berjaya mengganggu corak permainan The Reds, dengan Hudson-Odoi menjaringkan gol buat pelawat sekaligus memastikan kemenangan pertama Forest di Anfield sejak 1969.
Perlawanan itu mengecewakan Liverpool, yang bergelut untuk merobohkan pertahanan Forest.
Alisson merumuskan sentimen selepas perlawanan, menyatakan kekecewaan apabila kehilangan mata di tempat sendiri.
Inilah yang dia katakan melalui BBC, "Ia memalukan, kehilangan mata di laman sendiri tidak bagus sama sekali tetapi lawan hari ini hanya mahu bertahan dan bermain untuk hantaran jauh."
“Kami memberikan ruang mereka terlalu mudah apabila mereka menjaringkan gol.
"Kami tidak dapat mencipta banyak, kami mempunyai kekurangan kualiti dalam perlawanan sebelum ini."
Ammar Hakim
Sun Sep 15 2024