PIALA AFF
Kejuaraan B-16 ASEAN: Malaysia tersingkir daripada saingan, kalah berdepan Thailand
Skuad B-16 negara menamatkan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN di peringkat kumpulan selepas terpaksa akur berdepan Thailand di Stadium Manahan, Surakarta, sebentar tadi.
Akibat daripada kekalahan itu, Malaysia perlu melupakan impian untuk ke separuh akhir susulan sudah tersingkir daripada saingan tersebut selain mencatatkan dua kekalahan.
Jaringan tunggal negara hadir pada minit keempat aksi menerusi Izzudin Afif sebelum tamat separuh masa pertama.
Iklan
Memasuki babak kedua, Thailand mendominasi permainan dengan menoktahkan kemenangan selain berjaya merobek tiga jaringan untuk menutup ruang pemain negara melakar kebangkitan.
Malaysia berada di tangga ketiga kumpulan C dengan mencatatkan tiga mata selepas tiga perlawanan.
Must-Watch Video