PIALA AFF
Kejuaraan B-16 ASEAN: Javier Jorda puas hati prestasi skuad muda negara
Ketua jurulatih Malaysia B-16, Javier Jorda Ribera, jelas berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak buahnya selain bersyukur semua strateginya berjalan dengan lancar, semalam.
"Pasukan saya melakukan dengan baik dan ia ialah pengalaman yang berharga buat semua pemain untuk menghasilkan keputusan yang membanggakan," katanya.
Selepas ini, skuad muda negara akan berdepan Australia pada aksi berikutnya, Rabu ini.
"Australia merupakan pasukan paling kuat dalam kejohanan ini dan kami sedang mempersiapkan ulang kaji buat semua pemain untuk memberikan cabaran buat mereka," tambahnya.