Kejuaraan ASEAN B-19: Skuad remaja bangkit imbangi Kemboja


Julai 10, 2024 20:48 MYT
MALAYSIA 2 KEMBOJA 2
Skuad B-19 negara bangkit dua kali untuk mengikat Kemboja B-19 dalam perlawanan pemanas badan di Stadium UiTM, Shah Alam, petang tadi.
Jaringan skuad remaja kebangsaan disumbangkan Muhamad Ridzwan Haykal Danish selepas ketinggalan 1-2 dalam separuh masa pertama perlawanan tertutup itu.
Skuad Harimau Malaya B-19 kendalian Juan Torres Garrido memasuki hari ketiga kem latihan pusat bagi persiapan Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia bermula 17 hingga 29 Julai ini.
#Kejuaraan ASEAN B-19
;