MALAYSIA 2 KEMBOJA 2

Skuad B-19 negara bangkit dua kali untuk mengikat Kemboja B-19 dalam perlawanan pemanas badan di Stadium UiTM, Shah Alam,
petang tadi.



Jaringan skuad remaja kebangsaan disumbangkan Muhamad Ridzwan Haykal Danish selepas ketinggalan 1-2 dalam separuh masa pertama perlawanan tertutup itu.

Skuad Harimau Malaya B-19 kendalian Juan Torres Garrido memasuki hari ketiga kem latihan pusat bagi persiapan Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia bermula 17 hingga 29 Julai ini.