Skip to main content

Bola Sepak

Kejuaraan ASEAN 2024: Harimau Muda kenduri gol di Surabaya, belasah Brunei 11-0

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-muda_1.jpg
Skuad muda negara melakar kemenangan besar 11-0 menentang Brunei dalam saingan Kumpulan C Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 yang berlangsung di Stadium Gelora, Surabaya, sebentar tadi.

Abid Safaraz menjaringkan hatrik kemudian diikuti dua gol oleh Pavithran Gunalan dan Haykal Danish, Izzat Syahir, Amir Farhan, Zamirul Hakim, dan Shafizan masing-masing menyumbangkan satu gol buat Malaysia.


 

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan anak buah Juan Torres Garrido akan berdepan cabaran Singapura dalam perlawanan kedua Kumpulan C pada Isnin jam 8:30 malam di Stadium Gelora.
 

Advertisement

Must Watch Video