Skuad B16 negara gagal mengekalkan rekod kemenangan dalam saingan Kejohanan AFF B16 susulan terikat 1-1 dengan Myanmar di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Indonesia, sebentar tadi.

Misi ke Piala Dunia B17 bermula dengan cabaran Kejohanan AFF B16 di Surakarta, Indonesia.

Skuad muda negara akan mulakan kempen bertemu Timor Leste, 23 Jun ini.


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu majlis sidang media memperkenalkan barisan kejurulatihan dan senarai akhir 23 pemain skuad Harimau Malaya B16 ke Kejuaraan B16 di Surakarta, Indonesia telah berlangsung di Petaling Jaya, pagi tadi.

Ia dihadiri oleh Exco FAM, Christopher Raj selaku Pengurus Pasukan, Javier Jorda Ribera selaku Ketua Jurulatih serta Scott O'Donell, Pengarah Teknikal FAM.

Skuad B16 kebangsaan itu akan terbang ke Surakarta, esok bagi menghadapi saingan Kumpulan C.

Malaysia akan bertemu Timor-Leste pada Ahad, 23 Jun 2024; Australia pada Rabu, 26 Jun 2024 dan Thailand pada Sabtu, 29 Jun 2024.

Jika layak ke separuh akhir, saingan akan berlangsung pada Isnin, 1 Julai 2024, disusuli final pada Rabu, 3 Julai 2024.