Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan Bola Sepak Universiti Asia: Ridzuan Abu Shah lega miliki 21 pemain terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uni-bola.jpg
Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Universiti Asia 2024 (AUFT) akan membuka tirainya secara rasmi pada Isnin, dan pasukan bola sepak universiti Malaysia (MUFT) bersiap sedia untuk beraksi dalam kumpulan A. 

Mereka akan bersaing dengan naib juara musim lalu, Korea Selatan, serta pasukan dari Oman dan Filipina.

Ketua jurulatih MUFT, Ridzuan Abu Shah, meluahkan rasa lega apabila berjaya mengumpulkan senarai 21 pemain terbaik bagi menghadapi kejohanan kali ini.

Antara pemain yang bakal menjadi tonggak utama adalah dua pertahanan yang beraksi di Liga Super, Aliff Najmi dan Hariz Mansor.

Ridzuan optimis dengan kemampuan pasukannya untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik. 

"Saya ada 4 atau 5 pemain yang dilepaskan dari kelab, antaranya Selangor, Kuching, dan Melaka. Saya berharap mereka dapat membantu memperkuatkan jentera pertahanan," kata Ridzuan.

Pengarah Projek AUFT 2024, Datuk Dr Pekan Ramli, memaklumkan bahawa Malaysia sudah bersiap sedia sepenuhnya sebagai hos kejohanan yang memasuki edisi keenam kali ini. Beliau turut berharap pasukan MUFT mampu mencapai keputusan positif dan tidak mustahil mencipta kejutan di laman sendiri.

Dengan persiapan rapi dan semangat juang yang tinggi, harapan kini disandarkan kepada MUFT untuk mengharumkan nama negara dalam kejohanan berprestij ini. 

Advertisement

Must Watch Video