BOLA SEPAK

Kejohanan Piala Dunia Orang Pekak: MSDEAF berbesar hati terima kedatangan pasukan dari Eropah

Ammar Hakim 08/09/2023 | 13:24 MYT
Kejohanan Piala Dunia Orang Pekak semestinya satu kejohanan yang berprestij dunia, lebih-lebih lagi buat julung kalinya Malaysia diberikan kelebihan untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang melibatkan 19 pasukan lelaki dan lima sepasukan wanita.
Pelbagai persediaan daripada penginapan pasukan sehingga ke venue perlawanan sudah pun berada di fasa terakhir, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF), Ong Shin Ruenn, berbesar hati dalam menerima kedatangan pasukan yang menyertai.
Pasukan Turkiye, Ukraine, England dan Amerika Syarikat dijadikan tumpuan utama buat pasukan tuan rumah bagi memberi tentangan yang sengit.
"Negara yang sentiasa memberikan tentangan yang hebat di pentas Eropah, mereka sudah memiliki pasukan yang sudah dibentuk untuk tempoh yang sudah lama," kata Shin Ruenn menerusi Nadi Arena.
"Perkembangan pasukan bola sepak pekak di sana cukup tinggi kerana memiliki sokongan daripada persatuan bola sepak negara masing-masing dan sentiasa memiliki cara untuk meningkatkan lagi kualiti pasukan."
;