Malaysia membawa cabaran Kejohanan Bola Sepak 7's Asia ke separuh akhir susulan kemenangan 5-1 ke atas Singapura di EV Arena Elimina, Shah Alam, sebentar tadi.
Malaysia yang beraksi di sebelah petang mudah mengatasi Hong Kong dengan jaringan 9-0.
Kembali ke gelanggang untuk perlawanan suku akhir bertemu Singapura, Malaysia berjaya mendahului 4-1 selepas tamat 40 minit waktu permainan.
Beraksi dalam comeback period, Malaysia memiliki deretan peluang terhidang untuk menoktahkan kemenangan.
Percaturan terdesak Singapura yang mengambil langkah melakukan 'powerplay' membawa padah apabila Malaysia menemui jaringan kemenangan menerusi Amer Saidin.
Kemenangan ini membenarkan Malaysia membawa cabaran ke separuh akhir dan bakal bertemu Jepun esok.
Ammar Hakim
Fri Oct 11 2024