BOLA SEPAK
Kejohanan Bola Sepak 7's Asia: Malaysia belasah Hong Kong 9-0, aksi suku akhir menanti malam ini
Malaysia menebus kehampaan selepas tewas kepada Filipina 3-4 semalam untuk kembali mempamerkan kebangkitan sensasi memperoleh kemenangan kedua dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak 7's Asia di EV Arena Elimina, Shah Alam, sebentar tadi.
Anak-anak buah Sulaiman Hussin bermula garang dan mengusai keseluruhan permainan tanpa membenarkan sebarang ancaman berbahaya dapat dilakukan oleh pasukan lawan.
Hasilnya, Malaysia menonjolkan permainan garang dengan mencatatkan sembilan gol berbalas kosong (9-0) untuk menewaskan Hong Kong.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seterusnya, cabaran Malaysia akan diteruskan ke peringkat suku akhir yang akan bermula sebentar nanti.