Kejohanan Bola Sepak 7's Asia: Malaysia langkah kanan, tewaskan naib juara edisi lalu

Najmi Iman
Oktober 10, 2024 19:20 MYT
Pasukan bola sepak 7's Malaysia memenangi perlawanan pertama menewaskan naib juara edisi lalu, India, dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak 7's Asia di EV Arena Elimina, Shah Alam, sebentar tadi.
Skuad negara terlebih dahulu terikat 1-1 dalam babak pertama sebelum mula mendapatkan rentak kecemerlangan dalam separuh masa kedua.
Kemasukan penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman, Indra Putra Mahayuddin, memberi kelebihan buat pasukan negara terus mengasak kubu pertahanan India dan hasilnya empat gol berjaya dicetak.
Kemenangan 5-1 menyaksikan Malaysia mendapatkan mata pertama dalam penampilan sulung tersebut.
#bola sepak #Malaysia #Kejohanan Bola Sepak 7's Asia
;