Skuad bola sepak 7s negara bakal meneruskan cabaran di pusingan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak 7's Asia 2024 berdepan juara bertahan, Jepun pada jam 6 petang hari ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyokong pasukan negara yang akan beraksi di EV Arena, Elmina, Shah Alam dengan misi untuk mara ke peringkat akhir.

Skuad kebangsaan dibarisi bekas pemain utama Harimau Malaya seperti Indra Putra Mahayuddin, Manaf Mamat, Razman Roslan, Amer Saidin, Adib Aizudin Abdul Latif dan Fandi Othman