PIALA AFF
Kejohanan ASEAN AFF B-19: Malaysia derita berganda, Australia julang pingat gangsa
Selepas dikecewakan oleh pasukan tuan rumah, Indonesia, yang menggagalkan hasrat skuad Malaysia B-19 ke perlawanan akhir, giliran pasukan Australia pula memberikan tekanan menewaskan skuad kebangsaan di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya, sebentar tadi.
Australia yang memakai jersi berwarna kuning itu terlebih dahulu memisahkan kedudukan 1-0 untuk berada di depan sebelum tamat separuh masa pertama yang dijaringkan oleh Marcus Younis pada minit ke-28.
Namun, skuad kendalian Juan Torres Garrido tidak berputus asa untuk memberikan saingan dan berjaya melakukan beberapa percubaan berbahaya sekali gus membuahkan hasil kem pasukan kebangsaan itu susulan Jake Najdovski melakukan kesilapan menampan masuk gol sendiri untuk kedudukan seimbang 1-1.
Malaysia B-19 bagaimanapun terpaksa akur kepada keputusan akhir permainan tatkala skuad Australia menoktahkan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti yang membawa kepada tempat ketiga kejohanan dan meraih pingat gangsa.