MALAYSIA 1 VIETNAM 4
Hajat skuad B-23 negara untuk ke final Kejohanan AFF B-23 tidak kesampaian selepas tewas 1-4 kepada juara bertahan, Vietnam dalam aksi separuh akhir di Rayong, Thailand sebentar tadi.
Aksi goyah yang dipamerkan skuad negara dalam babak pertama jelas mengundang padah apabila dibolosi tiga gol sepanjang tempoh itu.
Dinh Xuan Tien muncul pemain paling cemerlang dalam perlawanan kali ini dengan menjaringkan gol berganda, masing-masing pada minit kelapan dan 44, sambil Nguyen Quoc Viet turut menemui sasaran pada minit ke-32.
Malaysia cuba bangkit dalam babak kedua dan berhasil merapatkan jurang menerusi gol Alif Ikmalrizal Anuar pada minit ke-49 tetapi harapan kebangkitan itu musnah sebaik Nguyen Hong Phuc menemui gol keempat Vietnam pada minit ke-85.
Harimau Muda seterusnya akan beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga pada Sabtu ini.