Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF B-23: Malaysia tewas kepada Laos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aff_1.jpg
LAOS 2 MALAYSIA 1

Malaysia menerima tamparan besar dalam kempen Kejohanan AFF B-23 selepas tewas 1-2 kepada Laos di Phnom Penh sebentar tadi.

Dalam Aksi pembukaan Kumpulan B itu, skuad bimbingan Brad Maloney berkenaan menguasai hampir keseluruhan babak pertama sebelum berhasil memecahkan kebuntuan menerusi jaringan Selvan Anbualagan untuk berkelebihan satu gol menuju ke bilik persalinan.

Bagaimanapun, Malaysia dikejutkan dengan aksi bertenaga Laos dalam babak kedua, di mana Bounphachan Bounkong melakukan gelecekan yang menewaskan dua pertahanan negara sebelum melepaskan rembatan leret bagi mengatasi penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Kealpaan pertahanan negara sekali lagi dihukum pada minit ke-79 apabila Phetdavanh Somsanid menanduk masuk gol kemenangan Laos susulan satu situasi bola mati.

Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu di Prince Stadium pada Isnin ini selepas dua pencabar lain dalam Kumpulan B, Indonesia dan Myanmar, memilih untuk menarik diri berikutan penularan virus COVID-19 di kem masing-masing.


 

Advertisement

Must Watch Video