Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF B-19: Zafuan tagih aksi kompetitif

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zafuan.jpg
Penyerang skuad B-19, Zafuan Azeman, meluahkan rasa kecewa kekurangan aksi bersama Kedah musim ini yang boleh menjejaskan rentaknya bersama skuad negara, terutama dalam soal kecergasan.

Seperti ada yang tidak kena, Zafuan bukan sahaja jarang diturunkan bersama pasukan Liga Super itu, malah tidak dipanggil beraksi dalam skuad Piala Presiden atau Piala Belia.

Situasi itu memberi kesan besar kepada prestasi Zafuan yang tampak bergelut mencari sentuhan yang sama ketika bersama Perlis, musim lalu.

"Ketika bersama Perlis, saya diturunkan dalam setiap perlawanan, termasuk Liga Perdana. 

"Jika kurang beraksi, kecergasan permainan akan terjejas biarpun saya berusaha bersungguh-sungguh dalam latihan.

"Jadi, dalam perlawanan sebenar rentak saya agak kaku. Lebih-lebih lagi saya hanya banyak beraksi di peringkat kebangsaan," kata Zafuan. 

Dalam pada itu, Zafuan berharap tiga aksi persahabatan di Muscat, Oman, awal bulan ini mampu memulihkan keyakinannya untuk mendapatkan sentuhan di atas padang.

Baginya, ini sahaja peluang buat dirinya mempersiapkan diri menjelang sepak mula Kejohanan AFC B-19, kurang dua bulan lagi.

"Semestinya kami mahu menang dalam setiap perlawanan," katanya. 


 

Advertisement

Must Watch Video